Baru-baru ini, tular tentang pergaduhan yang berlaku di antara isteri kedua Datuk Zainal Abidin Hasan, Fyna Jebat dengan isteri pertama jurulatih itu iaitu Datin Zalina Zaini. Berita pergaduhan itu kecoh diperkatakan di mana berlakunya adegan tarik rambut antara kedua-dua wanita tersebut.
Ada yang mendakwa Datin Zalina selaku isteri pertama terasa hati selepas disindir dengan kenyataan Fyna Jebat semasa di dalam program Famili Duo. Disebabkan itu, nama Janna Nick turut dituduh sebagai punca kepada pergaduhan tersebut gara-gara soalan yang diajukan kepada Fyna Jebat ini.
Namun Janna Nick tampil menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu dia hanya mengikut skrip yang telah diberikan oleh pihak produksi. Malah Janna Nick turut memuat naik klip video pendek semasa dia bertanyakan soalan tersebut yang dikatakan menjadi punca pergaduhan kedua-dua isteri bekas jurulatih kebangsaan ini.
Jawapan Fyna ditegur netizen
Perkongsian Janna Nick ini turut menjadi bualan ramai di mana segelintir netizen berpendapat jawapan yang diberikan oleh Fyna Jebat itu sendiri yang mengundang kepada pergaduhan itu. Jelas netizen, jawapan ‘double meaning’ dari Fyna itu seolah-olah tidak menjaga hati isteri pertama kepada Datuk Zainal Abidin ini.
Malah ada juga yang menegur adik kepada Ayda Jebat ini yang tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan tersebut. Apatah lagi jawapan yang diberikan itu dikatakan mempunyai maksud ‘double meaning’ dan tidak sesuai untuk program televisyen yang ditonton oleh seisi keluarga.
“Jawapan dari fyna sendiri yang makan diri. Takde rasa malu seorang perempuan nak melawak jawab macam tu.”
“Jawapan fyna tersangat double meaning haih. Kena belajar lagi macam mana kawal diri untuk berkata-kata di depan public. Ni rancangan family bukan rancangan 18 tahun ke atas.”
“Soalan janna ok je cuma jawapan dari fyna tu macam over and saya pun malu dengar. Kita ni dah la ambil hak orang jadi biarlah berpada nak berlawak and bermesra pun. Mana lah tak kena ganyang.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.