Sophia Albarakbah Tak Mahu Keluarkan Sebarang Kenyataan, Elak Keadaan Lebih Buruk

Sponsored

Pendedahan Bella Astillah mengenai ada seorang aktress akui tersuka suaminya, Aliff Aziz membuatkan ada warganet memetik nama Sophia Albarakbah.

Biarpun dalam pendedahan Bella itu tidak menyebut sebarang nama, namun netizen meneka aktress berkenaan kerana ketika ini suami Bella dilihat sedang sibuk dengan penggambaran sebuah drama melibatkan pelakon wanita itu.

Sponsored

Bukan itu sahaja, laman komen Instagram Sophia Albarakbah turut ‘diserang’ netizen dengan tuduhan ‘menggatal’ dengan suami Bella Astillah.

Malah pengarah drama, Osman Ali yang terlibat dengan penggambaran yang mana Aliff Aziz dan Sophia digandingkan bersama mengakui kedua-dua bintang ini hanya berlakon secara profesional.

Sponsored

Terbaharu memetik muat naik di Instagram HLive, Sophia Albarakbah tak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sedang panas itu dengan memberikan sebarang kenyataan.

Dalam muat naik tersebut juga, Sophia Albarakbah tak mahu memberikan sebarang kenyataan untuk elakkan keadaan lebih panas.

Sponsored

“I tak nak buat statement sebab nanti lagi teruk keadaan. Bayangkan pihak sana buat statement pastu I buat statement, pastu pihak sana keluar statement lagi. So nanti jadi pergaduhan…”

Tambahnya lagi, Sophia berharap perkara ini hilang sendiri dan tidak mahu biarkan ia terus menjadi isu kerana mereka kini sedang dalam penggambaran serta mahu lakukan yang terbaik.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet ada yang bersetuju dengan tindakan Sophia ini supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Malah ada juga yang membuat analisis sendiri mengenai isu ini. Berikut antaranya:

“LOL Si Aliff tak nak disalahkan pulak. Sejarah pernah berkata..”

“Setuju adik, diam lagi baik”

“Bagus jawapan dia. Kiranya betul lah dia insan tersebut..Baguslah korang settlekan sendiri.”

“Alaa ko ni Sophia cantik pendek kata perfect sebagai wanita kot. Nape la nak kat Aliff Aziz tu..”