Gadis Iras Alif Satar Jadi Tumpuan, Ini Reaksi Selebriti Itu, “Inikah Rupaku Kalau Bertudung?”

Sponsored

Satu video seorang pelajar perempuan dikatakan iras Alif Satar telah mencuri perhatian ramai baru-baru ini. Video gadis tersebut bukan sahaja menjadi bualan hangat ramai, malah turut mendapat perhatian selebriti verstail, Alif Satar sendiri.

Dalam rakaman tersebut kelihatan beberapa orang gadis teruja untuk perkenalkan rakannya yang memiliki wajah seiras seorang selebriti. Bila kamera merakamkan rakannya itu, ternyata wajah gadis itu seiras Alif Satar!

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Alif Satar, seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan usahawan terkenal dengan bakat luar biasa dimilikinya.

Berikut adalah perkongsian video gadis seiras Alif Satar yang menjadi perhatian ramai ini:

Sponsored

Amacam korang, sama tak muka gadis ini dengan pelantun suara bagi lagu Lelaki Seperti Aku, Alif Satar? Nampak macam adik-beradik Alif Satar yang, seiras betul!

Malah video tersebut turut dimuat naik semula di Instagram Era Je membuatkan Alif Satar meninggalkan reaksinya di perkongsian tersebut.

Sponsored

Malah pemilik akaun TikTok tersebut turut memuat naik satu lagi video dengan memaparkan gadis iras Alif Satar ini. Berikut adalah video tersebut:

@baz0ongi

atream lelaki seperti alep gais official mv #fyp #spm2022

♬ Lelaki Seperti Aku – Alif Satar

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut akui gadis iras Alif Satar ini memang hampir sama wajah mereka. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan tersebut:

“Hahaha sama weh. Dekah aku”

“Alif Satar free shipping”

“Samaaaa. Dalam perut dulu mak terkenan Alif Satar kot”

SumberTikTok