Sebut sahaja nama Izara Aishah, tentu ramai peminat yang tidak hanya suka mengikuti drama lakonannya malah perkembangan aktiviti selebriti jelita ini juga sering dinanti-nantikan. Mana tidaknya, gaya penampilan Izara Aishah sentiasa memberikan inspirasi.
Terbaharu nampaknya peminat dan pengikut Izara Aishah di Instagram dapat melihat disebalik tabir bagaimana selebriti jelita ini mengambil gambar OOTD. Menerusi foto dia memakai jubah dengan gayanya tersendiri ini, Izara Aishah ditinggalkan ribuan tanda suka sehingga mencecah 50,000.
Walau bagaimanapun, di aplikasi ini pula perkongsian Tya Ariffin membuatkan hampir 800,000 tontonan yang diraihnya selepas dia mendedahkan disebalik tabir foto OOTD Izara Aishah itu. Tya Ariffin juga tercuit hati kerana begini rupanya cara pelakon jelita itu mengambil gambar OOTD versinya.
“Hahaha ternyata gak susah nak jadi photographer kak Izara,” tulis Tya Ariffin yang membuatkan perkongsian klip video pendek dikongsikannya ini mendapat perhatian ramai dalam beberapa jam sahaja dikongsikannya. Manakan tidak, ramai tertarik dengan cara Izara Aishah mengambil foto OOTD dirinya yang sentiasa kelihatan cantik.
Dalam pada itu, netizen dan peminat juga menghujani ruangan komen dengan pelbagai reaksi lucu selain tercuit hati dengan gelagat dua menantu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra dipanggil Tokti itu.
‘Hahaha haah gambar Izara…’
‘Seronok je tengok walaupun….’
‘Tips ni boleh pakai untuk…’
‘Cantik result dia…’