“Kami Ada 3 Orang Menantu Yang Hebat-Hebat, Cukuplah…”, Ibu Syamsul Yusof Kongsi Tentang Menantu

Sponsored

Susulan berita pernikahan Syamsul Yusof dan Ira Kazar heboh diumumkan, ibu kepada pengarah filem itu memilih untuk mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang respon. Menurut Datuk Yusof Haslam, isterinya itu berada dalam keadaan yang sedih dan kecewa dengan tindakan Syamsul.

Terbaru, Datin Patimah telah memuat naik sebuah hantaran menerusi Instagram Story mengatakan dia mempunyai tiga orang menantu yang hebat-hebat di dalam keluarga mereka. Di dalam perkongsian itu, Datin Patimah berkongsikan nama-nama menantunya iaitu Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Aeisyah binti Ustaz Zainal.

Sponsored

“Kami ada 3 orang menantu yang hebat-hebat cukuplah Nazariah Harun, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Aeisyah binti Ustaz Zainal.”

Di dalam hantaran yang sama, ibu kepada Syamsul Yusof ini turut menggunakan instrumen lagu ‘Penyejuk Hati’ sebagai latar belakang. Sebelum ini juga, Datin Patimah sering menunjukkan sokongan terhadap menantunya, Puteri Sarah Liyana susulan kemelut rumah tangga yang melanda pasangan itu.

Sponsored

Terdahulu, Datuk Yusof Haslam memaklumkan isterinya tidak mahu diganggu dan mengeluarkan kenyataan tentang isu tuntutan cerai menantunya terhadap Syamsul. Datin Patimah sebelum ini lantang bersuara mempertahankan Puteri Sarah dan mengharapkan menantu kesayangannya itu menemui kebahagiaan yang lebih baik.

Sekadar makluman, tarikh sebutan pertama kes tuntutan cerai di antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof adalah pada 7 Mac yang akan datang. Bagi Puteri Sarah, tarikh tersebut cukup signifikan kerana merupakan sehari sebelum tarikh ulang tahun perkahwinan mereka iaitu pada 8 Mac 2014.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram