Gambar Keluarga Que Haidar Dipuji Macam Orang Dulu-Dulu, “Dah Macam Foto Keluarga Bangsawan!”

Sponsored

Pelakon yang dikenali dengan nama Que Haidar baru-baru ini telah menjadi bualan ramai selepas memuat naik beberapa foto keluarganya. Umum sedia tahu Que Haidar atau nama penuhnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haida berkahwin dengan guru tari Linda Jasmine.

Hasil pernikahan tersebut pasangan ini dikurniakan dua anak gadis yang jelita. Menerusi Instagram miliknya itu, Que Haidar berkongsikan foto keluarganya dengan ‘mood’ ala orang dulu-dulu.

Sponsored

Lebih menarik lagi apabila keluarga ini mengenakan pakaian sama seperti orang Melayu dulu-dulu dan foto tersebut turut disunting seakan gambar lama.

Berikut adalah muat naik oleh gambar keluarga Que Haidar menerusi akaun Instagram milik selebriti ini:

Sponsored

Perkongsian koleksi gambar keluarga Que Haidar nampak klasik habis ini telah meraih lebih 12 ribu likes. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji perkongsian pelakon filem Rock Oo ini.

Malah ada juga yang akui perkongsian ini seakan foto keluarga bangsawan pada zaman dahulu kala. Selain itu ada yang turut memuji kecantikan kedua-dua anak Que Haidar dan Linda Jasmine ini iaitu, Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.

Sponsored

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian foto nampak klasik habis itu:

“Cantiknya si kakak perempuan melayu terakhir…Si adik comel melayu sangat”

“Dah macam foto keluarga bangsawan sekitar 1920an-1940an. Cantik hasilnya”

“Sesuai sebab anak2 semua muka klasik. Semua comel2 ikut muka Que dan isteri”

“Maintain je muka bini dia. Lawa turun ke anak2”