Masih hangat diperkatakan hingga ke hari ini di sosial media, isu suami pelakon mengahwini isteri kedua di Thailand. Malah ramai pula yang tampil memberikan pendapat masing-masing mengenai isu hangat ini.
Ada yang berpendapat bukan isu kahwin baru yang membuatkan si isteri menjauh hati, tapi sikap si suami yang dikatakan sudah ada hubungan dengan wanita lain itu telah berlangsung dalam tempoh empat tahun.
Biarpun begitu, baru-baru ini pelakon senior dikenali dengan nama Azhar Sulaiman menyanyikan lagu Jika Kau Bercinta Lagi ini telah mencuri perhatian ramai. Malah netizen teka Azhar Sulaiman beri teguran kepada isu sedang hangat diperkatakan kini.
Dalam video yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok Azhar Sulaiman menyanyikan dan ubah lirik lagu Jika Kau Bercinta Lagi itu seperti berikut:
“Jika kau bercinta lagi, jagalah yang sebelumnya…Jika kau bercinta lagi kau yang memilihnya”. Itu antara lirik lagu yang dinyanyikan oleh Azhar Sulaiman dalam video pendek dikongsikannya tersebut.
Meninjau di ruangan komen, ramai akui terhibur dan faham ‘maksud’ lirik lagu yang dinyanyikan oleh Azhar Sulaiman itu. Ada netizen teka Azhar Sulaiman tuju lagu ini buat isu yang sedang hangat kini. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:
“Serius laa banggg..Saya baru nak karok dengar sambungan tersedak rasa”
“Paduuu yang lejen always terbaik”
“Hanya yang betul2 family man sahaja yang akan faham situasi ni dan bantah perbuatan si sol”
“Straight faham maksud yang ingin disampaikan muahaha”