Gaya ‘Kekwat’ Kak Lina Pompom Minum Di Restoran Mewah, “Ini Gaya Baru Dapat Gaji..”

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan selebriti verstail seorang ini. Namanya yang pada awal menceburi dalam dunia seni tanah air, Elly Mazlein. Namun kini Elly Mazlein lebih dikenali sebagai Kak Lina Pompom.

Selepas mengacarakan Gegar Vaganza, rezeki Kak Lina Pompom lebih mencurah-curah. Bukan sahaja berbakat sebagai seorang pengacara malah Kak Lina Pompom juga hebat dalam lakonan dan nyanyian.

Sponsored

Terbaharu rakaman dengan paparan gaya ‘kekwat’ Kak Lina Pompom minum telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya itu dipaparkan selebriti serba boleh ini sedang minum di restoran mewah.

Berikut adalah perkongsian rakaman gaya kekwat Kak Lina Pompom minum dengan gelagatnya itu:

Sponsored
@kakaklinapompoms

itu gaya terpaling Paris la ekkk 🤣🤣🤣🤣 bole fefeeling sehari sblum Puasa❤️

♬ Memories of Paris – Paris Cafe Society

Bukan main lagi gayanya itu Kak Lina! Tapi memang nampak macam menjadilah. Di ruangan kapsyen tertulis seperti berikut:

“Itu gaya terpaling Paris la ekk. Bole fefeeling sehari sebelum puasa”

Sponsored

Diakui memang ada gaya, malah gelagat Kak Lina Pompom ini membuatkan ramai terhibur dengannya. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Dia ni memang winn ek”

“Muka tu memainkan peranan sungguh ya noq sis Lina Pompom”

“Fav betul nagn Kak Lina ni. Tak pernah tak crack..Mesti ada benda yang masuk air dia buat. Keep it up kak. Semoga diberikan kesihatan yang baik always”

“Hahaha ini bukan Kak Lina Pompom..Ini Nur Cahaya Monalisa Binti Smile (Kampung People”

SumberTikTok