“Teguran Keras..Belakang Kamera La Dik. Kata Sayang”, Kak Lina Pompom Ulas Juri Komen ‘Keterlaluan’

Sponsored

Satu isu sungguh hangat pada minggu lalu hingga menyebabkan ramai selebriti tanah air bersuara iaitu juri dari sebuah rancangan yang meninggalkan komen kasar kepada peserta. Perkara tersebut telah menimbulkan kontroversi dan netizen ada yang setuju juri tidak selayaknya memberikan komen dengan cara begitu.

Salah seorang selebriti serba boleh terkenal tanah air, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pompom turut mengulas mengenai perkara yang terjadi ini.

Sponsored

Menerusi perkongsian di TikTok Mingguan Wanita, Kak Lina Pompom ulas mengenai isu ini dan ternyata dia juga tidak bersetuju dengan cara komen oleh juri berkenaan.

Berikut adalah rakaman dengan kata-kata Kak Lina Pompom ulas mengenai isu berkenaan:

Sponsored
@mingguanwanita

Teguran keras dan jeritan perlu dibuat di belakang kamera bukan di hadapan kamera. Korang setuju? #fyp #foryou #ellymazlein

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Kalau sayang tegur belakang kamera

Menurut Kak Lina Pompom, bukan itu cara menegur para peserta. Malah dia turut tidak bersetuju dengan cara juri berkenaan selain Kak Lina mohon ambil tahu latarbelakang peserta yang bukan calang-calang.

“Jeritan apa sahaja teguran yang terlalu keras, belakang kamera la dik. Kata sayang, kalau sayang belakang kamera. Sebab kalau depan kamera kita kena jaga air muka orang. Yang keduanya kita kena tahu latar belakang peserta tersebut…Bukan biasa-biasa dik..AJL..Yang sorang lagi belajar tentang muzik.”

Sponsored

Anak seni pun ada air muka

Kak Lina turut mengakui anak seni juga adalah manusia biasa yang mempunyai air muka dan maruah. Jadi tidak selayaknya dilakukan sebegitu.

“Nak tegur..Tengking belakang kamera, boleh. Tapi depan kamera kita kena fikir perasaan, aib seseorang itu. Tegas belakang kamera dik, bukan depan kamera. Menegur dengan berhemah. Ianya bukan tentang anak seni kena kental, tidak kita pun manusia. Anak seni pun orang biasa ada air muka, maruah. apa pun kita sebagai juri kita tiada tiket untuk memalukan”

“Macam Kak Lina pernah diberi kepercayaan sebagai juri. 2023 kan, haaa..jadi jangan guna lagi, ‘disebabkan sayang kita kena tegur’ tajuk album dia..”