Viral air berbuka Khairul Aming, Nadia Brian juga terjebak buat

Sponsored

Umum diketahui, jika dahulu ramai yang ternanti-nantikan rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan apabila tiba bulan Ramadan namun pada kali ini, ramai pula menantikan pelbagai resepi sepanjang bulan ini oleh Khairul Aming yang mana dia terkenal sebagai chef di media sosial.

Menu-menu yang dikongsikan juga bukan calang-calang kesedapannya yang terbukti selepas ramai yang mencuba resepinya. Namun begitu, kelainan dibawa Khairul Aming kepada orang ramai kerana dia menunjukkan satu persatu langkah membuat menu yang dikongsikan. Selain menu makanan, air juga merupakan antara yang dikongsikan Khairul Aming kelmarin.

Sponsored

Tidak berkongsikan satu menu air berbuka malah empat jenis menu berbeza seperti Teh Bunga Longan, Orange Juice Soda, Bandung Laici dan Coconut Shake Gula Melaka. Antara sebab menu dikongsikan Khairul Aming sering viral kerana ia mudah dibuat sesiapa sahaja.

Malah pelakon, Nadia Brian juga terjebak untuk membuat menu air daripada Khairul Aming iaitu Teh Bunga Longan. Berkongsikan di media sosial, ternyata ramai yang turut terjebak membuat menu tersebut.

Sponsored

Nadia Brian cuba menu air berbuka Khairul Aming

Sehinggakan orang ramai juga berseloroh di kedai mungkin habis air Teh Bunga disebabkan menu air berbuka daripada Khairul Aming tersebut apatah lagi Nadia Brian juga terjebak sama. Pelakon jelita ini juga sempat berterima kasih kepada Khairul Aming tentang menu air berbuka tersebut.

Sponsored