Gaya Turki makin viral, video Sweet Qismina dipakaikan tudung kembali jadi tumpuan ramai

Sponsored

Majlis perkahwinan selebriti dan pempengaruh jelita, Syifa Melvin dengan seorang pemain bola sepak begitu mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini. Selain mengucapkan tahniah buat mereka, warganet khususnya para wanita juga begitu tertarik dengan penampilan Syifa Melvin sehingga digelar perempuan Turki.

Mana tidaknya, makeup dan terutama gaya tudungnya membuatkan ramai memberikan pujian apabila menyerlahkan lagi kejelitaannya. Meskipun begitu, penampilan Syifa Melvin yang tidak henti-henti menerima pujian membuatkan Sweet Qismina kembali menjadi tumpuan.

Sponsored
Sweet
Sweet

Sweet Qismina kembali jadi tumpuan

Ini kerana, satu muat naik Sweet Qismina memakai tudung yang difahamkan gaya Turki menyebabkan ramai tertumpu kepadanya apatah lagi, selepas warganet juga tertanya-tanya bagaimana ia digayakan, ternyata dalam muat naik tersebut memaparkan satu persatu Sweet Qismina dipakaikan tudung gaya Turki ini.

Sponsored

Sekadar info, Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi sah bergelar isteri kepada pelakon, Adam Lee pada 24 Oktober lalu. Penampilannya di hari pernikahan turut hangat diperkatakan seperti Syifa Melvin kerana penampilan jelita mereka.

@nazlivingastyle

Hijab styling (Turkish style) for @Sweet Qismina specially for her solemnisation event. Makeup by @Sahir Sabri and outfit by @AMAZÉ. – #nazlivingastyle #hijabstylingbynazlivingastyle #hijabstyle #hijabstylist #hijabstyling #hijabtutorial #shawltutorial #hijabwedding #turban #turbantutorial #wedding #turkish #fyp

♬ Back At One – Brian McKnight

Dihujani komen pujian netizen

Sponsored

Selain muat naik video yang dikongsikan oleh nazlivingastyle itu mendapat perhatian dengan ditinggalkan lebih 30,000 tanda suka, Sweet Qismina juga menerima pujian melambung peminat apabila ada yang terpegun tudung gaya Turki dipakainya itu dan mengatakan sangat cantik.

Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut: