Pelakon, Syatilla Melvin nampaknya sejak akhir-akhir ini menjadi bualan di ‘bibir’ peminat dan warganet apabila dia sering dilihat mengusik adik-beradiknya. Umum diketahui, Syatilla Melvin yang merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik perempuannya seperti Syafiqa Melvin kakak sulung diikuti Syifa Melvin, Syida dan Melveena Melvin sering mendapat perhatian ramai.
Dia juga membuatkan ramai terhibur disebabkan pernah mengusik Syifa Melvin yang difahamkan dipanggil Joyah dengan adik iparnya, Safawi Rasid. Seperti dalam video ini pula, tidak semena-mena tagline Syatilla Melvin turut melekat di fikiran warganet.
Hang takpa, hang orang pahammm (faham)
Menerusi hantaran seorang individu yang sempat merakam semula gelagat adik-beradik Syatilla Melvin ini kelihatan Syafiqa Melvin, Syatilla, Syida dan Melveena Melvin sedang membuat siaran secara langsung bersama pengikutnya dan nampaknya sekali lagi kebanyakannya terhibur.
Manakan tidak, disaat Syatilla Melvin menjawab pertanyaan ‘mana joyah’ yang dipercayai bertanyakan tentang Syifa Melvin apabila dia seorang yang tiada dalam video siaran secara langsung itu membuatkan ramai terhibur sehingga tagline ‘hang takpa’ menghujani ruangan komen.
Difahamkan Syifa Melvin yang berjumpa suaminya, Safawi Rasid membuatkan ada yang bertanyakan ketiadaannya namun Syatilla Melvin dan adik-beradiknya yang sering menghiburkan peminat dan pengikut mereka sekali lagi terhibur dengan gelagat mereka itu.
‘Maksud Tilla orang faham Syifa takde’
‘Ketagih dah cakap hang takpa ni sekarang…’
‘Hang takpa…’
‘Hang takpa Joyah’