Gelagat Jebat Jayden ditonton 1 juta kali, “Muka mak, perangai bapak”

Sponsored

Keberangkatan keluarga selebriti terkenal, Neelofa bersama ahli keluarga termasuklah Noor Nabila turut ditemani anak lelakinya, Jebat Jayden yang mana baru-baru ini mereka bersama ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Umrah.

Kehadiran Sharnaaz Ahmad yang turut hadir menghantar anaknya Jebat Jayden dan bekas isterinya itu tular dan menerima pujian ramai yang bertindak professional biarpun umum diketahui mereka sudah berpisah.

Sponsored

Dalam pada mereka menunaikan Umrah, Noor Nabila di ruangan akaun media sosial miliknya juga berkesempatan untuk berkongsikan gelagat Jebat Jayden kepada umum. Tentu sahaja orang ramai begitu seronok dapat melihat celotehnya yang bijak dan kelakar.

Seperti dalam perkongsian ini, Jebat Jayden sempat bercerita mengenai khasiat Air Zam Zam. Gelagatnya yang dirakam ini menarik tumpuan orang ramai terutama peminat Jebat Jayden. Menerusi rakaman pendek ini, Jebat Jayden juga menarik perhatian orang di sekelilingnya.

Sponsored
@noornabila00

Oooo macam tu ke ustaz? Dia boleh cerita pasal air zam zam pulak…. #jebatjayden #kidsoftiktok #fyp

♬ original sound – Noor Nabila – Noor Nabila

“Ooo macam tu ke ustaz? Dia boleh cerita pasal air zam zam pulak,” kongsi Noor Nabila buat tatapan umum. Seperti biasa gelagat Jebat Jayden sentiasa mencuit hati peminatnya dan menerusi ruangan komen rata-rata mengatakan mukanya seperti Noor Nabila manakala perangainya pula seperti Sharnaaz Ahmad. Comel!

“Cara dia sembang macam ayah dia”

Sponsored

“Hebat la putera anakda Jebat….”

“Hebat betullll la si kacak cumell”

“Pandai petah bercakap, pandai citer pasal air zam zam hebat”