Gelagat Nabila Razali Jadi Tukang Beli Ais Curi Perhatian, “Dah Cantik-Cantik Kena Beli Ais…”

Sponsored

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali menjadi perhatian netizen di platform Tik Tok selepas dia memuat naik video semasa di hari raya kedua baru-baru ini. Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan Nabila yang lengkap memakai busana raya pergi ke sebuah kedai untuk membeli ais.

Lebih melucukan, penyanyi itu dilihat membeli sebungkus besar ais dipercayai untuk tetamu yang datang beraya di kampungnya. Difahamkan, video itu dirakamkan di sebuah kedai yang terletak di Tampin, Negeri Sembilan yang merupakan kampung Nabila Razali.

Sponsored

Gelagatnya ini kemudian menjadi bualan netizen di Tik Tok yang rata-ratanya terhibur melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah netizen juga turut terkejut melihat kekuatan penyanyi wanita itu membawa bungkusan besar ais tersebut tanpa bantuan sesiapa.

Ini kerana kebiasaannya tugas membeli ais pada hari raya selalunya dilakukan oleh kaum lelaki dan bukannya kaum wanita. Meninjau di ruangan komen, netizen turut berseloroh mengatakan sesiapa yang mengahwini penyanyi itu pastinya bertuah kerana memiliki isteri yang serba boleh seperti Nabil Razali ini.

Sponsored

“Dah cantik-cantik kena beli ais.”

“Siapa lah lelaki yang bertuah kahwin dengan Bella ni.”

Sponsored

“Selalunya lelaki beli ais kali ni perempuan pulak.”

Terdahulu, Nabila Razali tular di media sosial apabila dia menumpang seorang penunggang motorsikal untuk bergerak ke sebuah majlis. Difahamkan, penyanyi itu bersama pengurusnya tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas dan sudah terlambat untuk ke destinasi yang dituju.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok