Giliran Sajat Pula Pertikaikan Teguran PU Syed Untuk Michelle Yeoh, “Jangan Terlalu Judge Orang…”

Sponsored

Baru-baru ini, ramai yang tumpang gembira apabila pelakon bertaraf antarabangsa yang berasal dari Malaysia iaitu Michelle Yeoh berjaya memenangi anugerah pelakon wanita terbaik di Oscar. Kemenangan Michelle Yeoh ini juga merupakan kali pertama kategori ini dimenangi oleh pelakon wanita dari Asia.

Namun pendakwah selebriti, PU Syed telah mempertikaikan reaksi orang ramai yang gembira melihat kemenangan dimenangi pelakon wanita itu. Ujarnya, orang ramai tidak seharusnya berbangga dengan sesuatu yang tidak memberikan manfaat kepada urusan agama Islam.

Sponsored

Kenyataan yang dikeluarkan pendakwah selebriti ini turut meraih perhatian usahawan Sajat yang menempelak kembali teguran yang diberikan. Menurut Sajat, ia tidak sepatutnya menjadi isu kerana orang ramai hanya meraikan kemenangan pelakon kelahiran Malaysia itu sahaja.

“Jangan terlalu judge dengan orang sampai orang nampak you punya bodoh.”

Sponsored

Jelasnya, itu tidak bermaksud orang ramai menyokong apa yang dilakukan oleh pelakon itu di luar kerjayanya sebagai pelakon. Tambah Sajat lagi, ucapan tahniah yang diberikan netizen juga hanyalah sekadar meraikan kemenangan luar biasa di anugerah berprestij itu.

Usahawan itu turut menganggap sebagai rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum dan bangsa, kemenangan itu diraikan kerana ia telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Meninjau di ruangan, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan oleh Sajat ini.

Sponsored

“Michelle Yeoh mempromosikan negara Malaysia di atas kemenangan beliau.”

“PU semua ni sibuk tegur pasal artis, kalau geng dia ada isu diam tak berkutik.”

“Well said, kau ni makin matang sejak pindah Aussie.”

Malah netizen turut memuji usahawan itu yang dilihat semakin matang dalam berkongsikan pandangannya semenjak menetap di luar negara. Dalam masa yang sama, netizen juga turut memerli pendakwah selebriti itu yang selalu mengulas mengenai isu artis namun mendiamkan diri apabila pendakwah lain terpalit dengan kontroversi.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok