Hafidz Roshdi Bakal Didakwa Isnin Ini Susulan Tumbuk Shuhada Hingga Cedera

Sponsored

Nama pelakon yang dikenali sebagai Hafidz Roshdi ini semakin popular gara-gara krisis yang berlaku dalam rumahtangganya kini. Bukan itu sahaja, tindakan Hafidz Roshdi yang menumbuk muka isterinya, Shuhada hingga cedera dan dijahit telah dikritik ramai rakyat Malaysia.

Tindakan mengasari wanita sememangnya tidak dipandang ringan apatah lagi dalam rumahtangga. Perbuatan tersebut menyebabkan Hafidz Roshdi bakal didakwa di Mahkamah Isnin depan.

Sponsored
Hafidz Roshdi

Menerusi laporan Harian Metro, Hafidz Roshdi bakal didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu disebabkan tindakannya menumbuk muka berkali-kali hingga mendatangkan kecederaan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia 29 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sponsored

Terdahulu media heboh dengan laporan pelakon ini didakwa menumbuk isterinya sebanyak tiga kali sehingga mengalami kecederaan. Dikatakan Hafidz Roshdi naik angin apabila bekas isterinya mengangkat panggilan telefon sewaktu mereka sedang berbincang di dalam kereta.

Difahamkan juga insiden berkenaan berlaku di sebuah R&R di sekitar Sungai Buloh. Susulan kejadian tersebut, Shuhada telah membuat laporan di Balai Polis Jinjang dengan ditumbuk pelakon tersebut beberapa kali hingga bahagian mata cedera dan memerlukan 10 jahitan.

Sponsored

Malah Shuhada juga memuat naik foto kecedaraan yang dialami selepas kejadian tersebut di sosial media dan mendapat perhatian umum. Hafidz Roshdi juha telah menceraikan Shuhada dengan talak satu pada 23 Februari lalu menerusi panggilan telefon.