Netizen Minta PA Shuib Jangan Ikut Campur, “Ko Tak Payah Nak Laga2kan”

Sponsored

Isu antara Shuib dan Jep dalam Sepahtu nampaknya semakin mendapat perhatian umum. Sebelum ini akhirnya Jep mendedahkan antara sebab Shuib tidak lagi muncul dalam rancangan sitkom Sepahtu seperti kebiasaannya.

Namun Shuib tidak membalas dan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perihal tersebut. Bagaimanapun, baru-baru ini ibu kepada Shuib pula tampil mempertahankan anaknya itu menerusi satu kenyataan di Instagram.

Sponsored

Sebagai seorang ibu sudah tentulah dia menyokong tindakan Shuib yang kini enggan menyertai Sepahtu Reunion Live. Tulisnya dia tidak mahu Shuib terus ditindas.

Muat naik tersebut telah membuatkan warganet mohon supaya ibu Shuib tidak ikut campur dalam urusan dan isu antara Shuib dan Sepahtu ini. Malah di ruangan komen, pembantu peribadi (PA) Shuib juga dilihat meninggalkan komen seperti berikut:

Sponsored

“Doa orang teraniaya sentiasa dimakbulkan. InsyaAllah Amin”

Disebabkan komen yang ditinggalkan ini, netizen minta PA Shuib jangan ikut campur urusan antara kumpulan pelawak tersebut.

Sponsored

Berikut antara reaksi netizen minta PA Shuib jangan ikut campur urusan ini yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Jep n Suib dah lama kenal..Lau ada salah faham tu biasa. Ko tak payah nak laga2kan sangat..Tak takut api neraka ke…Dulu mula2 dorang dalam industri pun masing2 bukan datang dari anak orang kaya. Masing2 usaha sampai sekarang dah berjaya…So sekarang dua2 hebat dan berhaya…Tak ada sape buruk sape salah…”

“Aku tak backup mana2 pihak, tapi adakalanya betul jugak apa yang ibu Shuib bagitahu. Jep kadang membahan dia tu…”

“Mereka semua bermula dengan Sepah kemudia Sepahtu..Dah kenal hati budi masing2…Pahit manis dalam dunia lawak. Tapi kini hancur berkecai seolah-olah dah macam orang luar..Diharapkan buang yang keruh ambillah yang jernih..”

“Tak nak komen apa2 cuma mendoakan yang terbaik sahaja, semoga ikatan silaturahim sebagai sahabat tidak terputus”

SumberInstagram