Hafidz Roshdi Beri Surat Terbuka, Minta Shuhada Mohon Maaf Dalam 48 Jam

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini nama pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi sering menjadi tumpuan ramai. Pelbagai insiden dan kejadian dibongkarkan oleh bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Sedang dunia hiburan hangat dengan kes sebutan penceraian Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof, tiba-tiba heboh pula dengan kemelut rumahtangga pelakon Hafidz Roshdi pula.

Sponsored

Beberapa pendedahan yang dibuat oleh Shuhada di sosial media membuatkan perkara berlaku dalam rumahtangga mereka diketahui umum. Terbaharu, Hafidz Roshdi beri surat terbuka kepada Shuhada untuk memohon maaf kepada diri dan keluarganya.

Mendiamkan diri biarpun difitnah

Hafidz Roshdi menulis dan memuat naik di Instagram miliknya yang dia menafikan segala tuduhan yang dilemparkan mengenai ahli keluarganya dan menganggap ia sebagai fitnah.

Sponsored

Malah Hafidz Roshdi juga memberitahu yang selama ini dia menjaga erat aib, kelemahan dan kekurangan Shuhada sebagai isteri. Dia juga hadap segala caci maki atas kesilapannya sendiri.

Membuka aib hingga membuka ruang fitnah

Turut dinyatakan pendedahan Shuhada di Instagram pada 5 Mac yang lalu telah mengaitkan dan mengaibkan keluarganya. Jelasnya juga ia adalah fitnah dan Hafidz tidak mahu lagi berdiam diri.

Sponsored

Kes rumahtangga dalam siasatan pihak polis dan diadili di mahkamah tak lama lagi

Beri tempoh 48 jam

Tulis Hafidz Roshdi beri surat terbuka pada Shuhada ini lagi, dia meminta isterinya itu untuk membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam.