Shuhada Beri Kenyataan Balas Secara Terbuka Pada Hafidz Roshdi, Dedah Dikhianati Biar Pilih Untuk Setia

Sponsored

Hari ini Hafidz Roshdi mengeluarkan kenyataan dengan memberikan surat terbuka kepada bekas isterinya, Shuhada. Menurut ‘surat’ yang ditulis oleh pelakon lelaki itu, dia memaklumkan pendedahan Shuhada sebelum ini mengenai keluarganya adalah fitnah.

Malah Hafidz Roshdi turut meminta Shuhada untuk memohon maaf mengenai perkara tersebut. Bagaimanapun, Shuhada beri kenyataan balas mengenai surat tersebut dan enggan turuti permintaan bekas suaminya itu.

Sponsored

Balas guna sosial media

Menurut tulisannya itu, Shuhada beri kenyataan balas menerusi sosial media juga kerana mengikut tindakan bekas suaminya itu. Tulisnya kenyataan Shuhada di media sosial sebelum ini dia belum tahu tentang undang-undang.

Biar dilanda ujian, masih setia di sisi suami

Tulis Shuhada lagi sejak dari mula berkahwin dia telah melupakan masa depannya untuk sambung belajar biarpun berpeluang. Namun dia memilih untuk menumpukan perhatian pada keluarga. Tambahnya lagi biarpun berhadapan dengan pelbagai ujian rumahtangga namun dia masih setia di sisi suami.

Sponsored

Shuhada rasa dikhianati mengetahui Hafidz kahwin lagi tanpa izin zebelumnya

Selain itu Shuhada turut akui dia tidak lagi boleh berdiam diri dek kerana terasa dikhianati dan semua yang berlaku tanpa pengetahuannya. Tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz mengenai bekas suaminya itu berkahwin sekali lagi tanpa izin Shuhada.

Hadir orang ketiga dalam kehidupan

Shuhada turut menceritakan saat dia tahu akan adanya orang ketiga dalam kehidupan mereka. Perasaannya bercampur baur memikirkan nasib diri dan anak-anaknya.

Sponsored

Cuba selesaikan beri peluang…

Tambah Shuhada lagi mereka cuba selesaikan isu timbul namun sebagai seorang wanita dia tidak kuat untuk hadapinya.

“Saya dikasari dan dikhianati hingga berbekas dihati dan fizikal”.

Malah Shuhada turut bertanya jika perkara begini berlaku dalam kehidupan orang ramai apa pula reaksinya?

Shuhada akan ambil tindakan undang-undang

Shuhada tidak minta untuk diadili dan dia berharap kisah dirinya ini terjadi kepada orang lain. Tambahnya lagi dia akan ambil tindakan undang-undang termasuk kecederaan yang dialami.