Hafidz Roshdi tak mengaku tumbuk isteri, Mahkamah arah dapatkan rawatan psikatari

Sponsored

Pelakon lelaki yang mana namanya semakin disebut-sebut sejak akhir-akhir ini tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dengan diiringi beberapa lelaki dan peguam pada awal pagi hari ini.

Selain penampilannya yang menjadi buah mulut ramai, kehadiran Hafidz Roshdi ke mahkamah itu turut menjadi perhatian ramai kerana perbicaraan mengenai dakwaan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Sponsored

Susulan itu pelakon tersebut hadir ke mahkamah hari ini untuk perbicaraan tuduhan pukul isteri. Bagaimanapun, Hafidz Roshdi tak mengaku bersalah tumbuk isteri dalam perbicaraan tersebut.

Hafidz Roshdi tiba di mahkamah awal pagi tadi

Menerusi laporan mStar, mengikut pertuduhan Hafidz Roshdi tak mengaku pukul isteri ini didakwa menumbuk sebanyak tiga kali pada muka Nurul Shuhada selepas berlaku pertengkaran antara pasangan ini.

Sponsored

Kesan dari kejadian itu, Nurul Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan di bahagian kiri wajahnya dan menyebabkan parut kekal akibat kecederaan berkenaan.

Kecederaan dialami Shuhada

Difahamkan Hafidz Roshdi didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman jika didapati bersalah penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sponsored

Selain dari itu mahkamah turut memerintah Hafidz Roshdi ke Hospital Bahagia untuk mendapatkan rawatan psikatari.

Terdahulu, Hafidz Roshdi telah pun melafazkan cerai kepada isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menerusi panggilan telefon. Insiden yang berlaku hingga menyebabkan kecederaan ini telah mencuri perhatian ramai.

SumbermStar