Uqasha Senrose syukur Kamal Adli dah sedar, “Masih mamai…”

Sponsored

Sejak pada malam tadi, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pelakon, Kamal Adli yang mengalami kecederaan yang mengejutkan selepas diserang oleh seorang individu yang tidak dikenali.

Kejadian tersebut berlaku selepas selesai pasangan ini menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo, Singapura. Walau bagaimanapun, pelaku telahpun ditahan dan difahamkan dia cemburu kerana Kamal Adli mengahwini Uqasha Senrose.

Sponsored

Uqasha Senrose menerusi Instagram juga berkongsikan detik mengejutkan itu kepada umum apabila dia berkata secara tiba-tiba suaminya itu diserang menggunakan cota berkali-kali yang melibatkan pada bahagian kepala, muka bawah mata serta badan.

Perkara terbabit menyebabkan Kamal Adli perlu melakukan pembedahan dan sejak tadi pagi orang ramai menghujani ruangan media sosial mendoakan kesihatan Kamal Adli agar cepat sembuh manakala Uqasha Senrose didoakan orang ramai agar kuat selepas dia dilihat trauma dan terkejut dengan kejadian menimpa suaminya itu.

Sponsored

Walau bagaimanapun, beberapa minit yang lalu Uqasha Senrose diruangan Instagram Story memuat naik perkembangan Kamal Adli selepas menjalani pembedahan setelah cedera akibat diserang seorang individu.

Dia meluahkan rasa syukur apabila Kamal Adli sudah sedar namun masih mamai. Uqasha Senrose bagaimanapun mengharapkan doa semua tentang keselamatan dia dan suami. Di akhir ayat, dia berkata dirinya dan Kamal Adli menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.

Sponsored

“Alhamdulillah…”