“Rambut Nak Kahwin Katanya…”, Hattan Kantoikan Shuib Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat?

Sponsored

Ramai yang sudah sedia tahu mengenai hubungan di antara pelawak Shuib dan Watie yang kini sedang mengenali hati budi masing-masing. Malah pelawak itu juga memaklumkan sudah bersedia untuk membawa hubungan mereka ke fasa yang seterusnya.

Perkongsian terbaru yang dimuat naik di Instagram Story Shuib telah menarik perhatian netizen di mana pelawak itu bertemu dengan penyanyi Dato Hattan. Di dalam video tersebut, Shuib menyapa Hattan dan isterinya yang berada di dalam kereta.

Sponsored

Penyanyi itu kemudian memuji potongan rambut baru Shuib dan mengusiknya tentang wanita yang kini rapat dengan pelawak tersebut iaitu Watie. Bukan itu sahaja, Hattan kemudiannya mengusik Shuib dan mengatakan rambut barunya itu adalah untuk majlis perkahwinannya tidak lama lagi.

“Rambut style ni. Ini yang buat Watie tak sabar-sabar ni. Rambut nak kahwin katanya.”

Sponsored

Dalam masa yang sama, Hattan turut memberi pesanan buat Shuib untuk tidak lupa menjemputnya ke majlis perkahwinannya dengan Watie. Tidak cukup dengan itu, Hattan kemudian bertanyakan tentang tarikh majlis istimewa itu namun video yang dirakamkan itu terhenti di situ sahaja.

Hubungan di antara Shuib dan Watie mula hangat diperkatakan selepas kedua-dua mereka dilihat menghadiri konsert yang sama dengan pakaian yang sedondon. Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan perkongsian gambar Shuib bersama anak-anaknya di mana turut kelihatan imej Watie yang terpantul di cermin.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok