“Haha fikir janda terus”- Syatilla Melvin kongsi kisah Shaheizy Sam ‘prank’ pengsan di majlis kahwin

Sponsored

Pasangan bahagia selebriti, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam sentiasa menjadi sorotan ramai di media sosial. Siapa menyangka dua selebriti ini juga mempunyai perangai yang sempoi menyebabkan Syatilla Melvin mahupun Shaheizy Sam sering viral kerana telatah lucu mereka.

Kali ini pula, Syatilla Melvin membuatkan ramai terhibur kerana dia berkongsikan kisah kejadian yang berlaku ketika dia dan suaminya itu disatukan dimana ramai pasti masih ingat apabila kejadian tersebut juga mengejutkan ramai.

Sponsored

Syatilla Melvin kongsi kisah kejadian majlis kahwin dulu

Pasangan pelakon ini disatukan pada 8 Februari 2016 dan menerusi perkahwinan mereka itu, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dikurniakan tiga cahaya mata yang diberi nama Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.

Sponsored

Walau bagaimanapun, buat yang pernah mengikuti majlis pernikahan Syatilla Melvin dan Shaheizy tentu masih ingat dengan kejadian ketika pelakon filem aksi terkenal itu membuat prank pengsan selepas sah bergelar suami yang menyebabkan Syatilla Melvin sendiri panik. Difahamkan ia merupakan kejutan buat Syatilla Melvin sempena ulang tahun kelahirannya. Pun begitu, Syatilla Melvin terbaharu berkongsikan perasaannya ketika kejadian itu berlaku.

Gelagat Syatilla Melvin yang dikongsikan itu membuatkan ramai terhibur dengan perkongsian Syatilla Melvin yang tidak sekadar panik malah sempat berfikir perkara yang mengundang rasa tercuit hati warganet.

Sponsored

‘Hahaha fikir janda terus’

Syatilla Melvin

‘Haha…’

Syatilla Melvin

‘Letihla macam ni’

‘Harey luar kotak…’