Hairul Azreen Terpaksa Henti Penggambaran The Original Gangster, “Dah Sampai Masa Untuk Saya Rest”

Sponsored

Cukup terkenal menerusi lakonan dalam filem aksi, Hairul Azreen antara pelakon hebat masa kini. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah aksi dipaparkan dalam hasil kerjanya juga cukup membuatkan ramai kagum.

Namun begitu, baru-baru ini Hairul Azreen berkongsikan satu berita yang mana dia terpaksa henti penggambaran filem The Original Gangster. Menerusi muat naiknya di Instagram, Hairul memaklumkan mengenai perkara tersebut dan sempat memohon maaf kepada krew produksi.

Sponsored

Menurut Hairul, dia mengalami kecederaan yang mana ACL lutut kirinya putus. Ini menyebabkan dia terpaksa berehat dari penggambaran filem di bawah arahan Syamsul Yusof tersebut.

Berikut adalah tulisan dan berita mengenai Hairul Azreen terpaksa henti penggambaran filem tersebut:

Sponsored

“Dukacita dimaklum saya tak dapat teruskan shooting THE OG , 
Di sebabkan ACL lutut kiri saya putus,
Minta maaf kawan2 & team production🙏🏻
Dah sampai masa untuk saya rest”

Menerusi perkongsian Hairul Azreen terpaksa henti penggambaran filem The Original Gangster ini juga turut dimuat naik foto pelakon ini menahan sakit dan dibawa ke hospital.

Sponsored

Berikut adalah perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milik Hairul Azreen itu:

Perkongsiannya ini telah meraih hampir seribu komen yang mana rata-rata rakan selebriti dan warganet meninggalkan reaksi terkejut dan mendoakan Hairul kembali sihat seperti sedia kala. Berikut antaranya:

“Awak dah kerja keras, tiba masa berehat”

“Jangan risau Abang Syamsul, saya boleh ganti tempat Hairul. Badan kami lebih kurang ja..Please get well soon idola”

“Get well soon bro. Come back stronger”

“focus pada recovery brader..Perjalanan masih panjang insyaAllah”