Individu Sebar Mesej Uqasha Senrose Pembuli Tampil Mohon Maaf, “Saya Pernah Bergaduh Dengan Adik Dia…”

Sponsored

Kecoh di media sosial sebelum ini apabila seorang wanita mendakwa dia telah dibuli oleh pelakon Uqasha Senrose semasa di bangku sekolah dahulu. Wanita itu membuat pendedahan tersebut menerusi satu hantaran berkaitan pelakon itu di Twitter.

Terbaru, Uqasha memuat naik satu hantaran di Instagram Story di mana dia telah menerima satu permohonan maaf yang dibuat oleh wanita terbabit. Menurut pelakon itu, wanita tersebut sanggup menggunakan nama Tuhan untuk membuatkan ramai percaya dengan kenyataannya mengatakan Uqasha adalah pembuli.

Sponsored

“Dia telah menyebarkan aib yang mengatakan saya gangster dan pembuli kepada seseorang di direct message (dm) dan dm tu dapat pada saya. Punya dia nak buat orang percaya saya gangster dia siap cakap demi Allah.”

Permohonan maaf

Jelas Uqasha, dia menerima permohonan maaf yang dibuat oleh wanita terbabit kerana enggan memanjangkan lagi isu terbabit. Di dalam video permohonan maaf itu, wanita tersebut memberitahu Uqasha bukanlah seorang pembuli atau gangster seperti yang dikatakannya sebelum ini.

Sponsored

Wanita itu memberitahu dia ingin menarik semula kenyataannya sebelum ini dan memohon maaf kepada Uqasha di atas tindakannya itu. Jelas wanita tersebut, dia pernah bergaduh dengan adik pelakon itu di mana Uqasha kemudiannya tampil mempertahankan adiknya.

“Dia sebenarnya bukanlah seorang pembuli atau gangster tapi cuma saya pernah bergaduh dengan adik dia dan dia cuba untuk mempertahankan adiknya. Saya disini dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada Uqasha Senrose kerana telah mengaitkan nama dia di dalam hal ini. Saya sekali lagi meminta maaf.”

Sponsored

Terdahulu, wanita tersebut mendakwa dia pernah dibuli oleh Uqasha Senrose yang merupakan rakan sekelasnya semasa di bangku sekolah. Namun Uqasha menafikan dakwaan tersebut dan meminta wanita itu mengemukakan bukti sekiranya benar dia adalah seorang pembuli.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram