Hannah Delisha Akui Manusia Biasa, Tak Mudah Kekal Istiqamah

Sponsored

Pelakon jelita bernama Hannah Delisha ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Miliki rupa paras jelita, biarpun sudah berkahwin namun popularitinya masih ‘menyengat’ dan memeriahkan industri hiburan tanah air.

Terbaharu anak kelahiran Singapura ini dilapor meluahkan bukan mudah untuk istiqamah selepas memakai tudung tiga tahu lalu. Memetik laporan Harian Metro, pelakon berusia 27 tahun itu tidak mahu menghakimi rakan selebriti lain yang pernah mengambil keputusan untuk tak lagi bertudung.

Sponsored

Hannah Delisha atau nama penuhnya Hannah Adlina Blackburne Birch juga akui dirinya hanya manusia biasa dan ada ketikanya iman turun naik.

“Kita hanya manusia biasa adakala iman turun dan naik. Jadi bukan tempat saya nak menghakimi mereka yang buat keputusan untuk tidak bertudung lagi. Sudah lumrah sebagai manusia, adakalanya iman kita turun dan berkurang yang mana saya pun pernah mengalaminya.

Sponsored

“Contohnya ketika penggambaran di luar, nampak orang pakai ‘dress’ dan rambut mengerbang, terkenang sebelum bertudung dulu. Rasa seperti seronoknya kerana tidak panas.”

Tambahnya lagi bila berdepan situasi seperti itu dia akan berfikir tentangnya dan keputusan yang telah dibuat harus diteruskan. Selain dari itu, sebelum berhijab Hannah Delisha akui sukar untuk faham maksud bila orang kata, ‘semoga istiqomah’.

Sponsored

Kini apabila Hanna melaluinya sendiri barulah dia faham. Katanya mudah untuk diungkapkan namun bukan senang nak melakukannya.

“Jadi apabila sudah bertudung baru saya memahami maksud komen itu. Istiqamah itu ternyata bukan mudah,” ujar Hannah.