Tokti Kongsi Video Bersenam, Ada Pula Netizen Yang ‘Bitter’ Tengok, “Dah Tua Ni Patutnya Kuat Buat Amal…”

Sponsored

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya aktif di media sosial dan sering berkongsikan tentang kehidupan sehariannya. Dengan jumlah pengikut hampir 9 juta di Instagram, pastinya apa sahaja yang dilakukan oleh Tokti akan menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, Tokti ada berkongsikan video dia melakukan senaman bersama jurulatihnya di rumah. Perkongsian dari penyanyi nombor satu negara ini turut membuatkan ramai kagum melihatnya apatah lagi Tokti baru sahaja pulang bercuti di luar negara.

Sponsored

Malah ada juga yang meneka mungkin juga Tokti sedang membuat persiapan untuk konsert terbarunya dan perlu menjaga stamina badan. Video yang dimuat naik itu juga kini telah menerima lebih sejuta tontonan setakat ini di Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat kesungguhan Tokti menjaga kesihatannya. Walaupun sudah berusia 44 tahun, penyanyi itu masih lagi kekal bertenaga dan mampu melakukan senaman berat seperti itu.

Sponsored

Ada pula yang tegur

Namun di sebalik komen-komen positif yang diberikan, ada pula netizen yang memberikan teguran kepada penyanyi nombor satu negara ini. Menurutnya, pada usia yang semakin tua itu, Tokti sepatutnya lebih banyak melakukan amal ibadah dan bukannya memberi fokus untuk melakukan konsert lagi.

“Dah tua ni patutnya kuat buat amal tapi kuat untuk konsert/persembahan pulak.”

Sponsored

Walau bagaimanapun, ramai yang tampil mempertahankan Tokti susulan komen yang ditinggalkan individu terbabit. Malah netizen menganggap perkara mengenai amal ibadah bukanlah sesuatu yang perlu ditunjukkan di media sosial dan cukuplah ia hanya di antara manusia dan Tuhan sahaja.

Dalam masa yang sama, netizen turut menasihatkan individu tersebut untuk tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berbaur negatif seperti ini. Tidak kurang juga yang meminta individu itu menjaga halnya sendiri sahaja dan tidak perlu sibuk memikirkan mengenai amal ibadah orang lain.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram