Hannah Delisha Nyanyi Lagu Raya Versi Akapella Dipuji, “Cantik, Suara Merdu, Pakej”

Sponsored

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan aktres jelita, Hannah Delisha ini. Bakat lakonannya bukan calang-calang dan kini lakonan Hannah Delisha berjudul Andai Itu Takdirnya di samping Shukri Yahaya menjadi perhatian ramai.

Selain berlakon, kemunculan Hannah Delisha menyertai rancangan realiti TV nyanyian, The Masked Singer membuatkan ramai yang baru tahu rupanya selebriti ini turut miliki bakat dalam bidang menyanyi.

Sponsored

Terbaharu, satu video dengan paparan Hannah Delisha nyanyi lagu raya lama telah mencuri perhatian ramai. Bukan sahaja suaranya cukup merdu, malah aksi tiga lelaki mengiringi nyanyiannya dengan akapella turut menjadi bualan ramai.

Berikut adalah perkongsian rakaman Hannah Delisha nyanyi lagu raya bersama kumpulan akapella yang dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya:

Sponsored
@hannahdelishaofficial

Dari jauh Hannah nak pohon ampun maaf. Maafkan Hannah ok kalau ada salah silap. 🥹🙏🏻 Btw korang tahu tak ni lagu siapa yang Hannah buat cover? Hehe Tak sabar nak jumpa korang dekat @Absolut Bazaar X Gaya Raya ok 14 – 17 April nanti dekat MITEC. 🫶🏻 OK now Hannah nak challenge @Hael Husaini pulak buat cover lagu raya klassik. 😂 #absolutbazaarXgayaraya #InspirasiRaya #SembangRaya #SembangEntertainment #MusicOnTrend

♬ original sound – hannahdelishaofficial – hannahdelishaofficial

Video ringkas ini telah membuatkan ramai puji suaranya sesuai menyanyikan lagu raya lama ini. Malah warganet turut meninggalkan reaksi kagum dengan Hannah Delisha yang memiliki pakej lengkap sebagai seorang yang bergelar selebriti.

Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian dengan paparan pelakon dan penyanyi jelita ini:

Sponsored

“Di dunia pun ada manusia secantik ni..Bagaimana la rupa bidadari syurga..MasyaAllah”

“Ini perlu di realis..Lagu raya lain semua nyanyi music lagi kuat dari suara yang nie penuh feeling..realis deh”

“Dah lah cantik comel dan suara lagi sedap”

“Abang belakang tu buat beatbox ke. Aku ingatkan dia kunyah lirik”