Jual Pizza Harga RM150, Jofliam Respon Isu Dikatakan Tak Boleh Terima ‘Review’ Jujur, “Saya Rasa Dipergunakan…”

Sponsored

Pensohor terkenal Tik Tok, Jason menjadi bualan ramai selepas memuat naik video ‘review’ pizza Jofliam pada hujung minggu lalu. Untuk yang tidak tahu, pizza yang dihasilkan oleh Jofliam ini sangat terkenal di media sosial walaupun harganya agak mahal iaitu RM150 sekotak.

Namun ramai yang tertarik untuk mencubanya walaupun bukan mudah untuk mendapatkan ‘booking’ bagi membeli pizza tersebut. Malah Jason sendiri memberitahu dia perlu menunggu kira-kira tiga minggu di mana dia akhirnya berjaya membuat tempahan.

Sponsored

“Apa yang menjadi masalah pada pizza ini bukanlah harganya yang RM150, tapi kena order daripada dia, tak ada kedai dan tak ada dalam platform food delivery, jadi saya cuba DM dia selama 3 minggu untuk membuat tempahan.”

Menurut Jason, dia tidak menafikan kesedapan pizza itu namun menganggap ada beberapa pilihan lain di luar sana yang menawarkan pizza wagyu seperti ini pada harga yang jauh lebih murah. Gara-gara ulasan yang diberikan ini, Jofliam kemudian memberikan respon balas mengenai ‘review’ jujur dari Jason ini.

Sponsored

Namun ramai yang menganggap Jofliam tidak dapat menerima ‘review’ jujur dari pembelinya menyebabkan dia teruk dikecam. Susulan kecaman yang diterimanya ini, Jofliam tampil memohon maaf dan mengatakan dia sebenarnya rasa dipergunakan oleh pensohor terkenal Tik Tok itu.

“Yang buatkan saya bersuara tempoh hari, disebabkan saya rasa saya dipergunakan. Maksud dipergunakan itu adalah menggunakan content pizza saya, beli daripada saya untuk views dalam masa yang sama mempromosikan produk lain.”

Sponsored

Ujarnya, dia tidak mempunyai masalah dengan komen jujur yang diberikan namun dia rasa dipergunakan apabila Jason telah mempromosikan kedai lain semasa membuat ulasan mengenai pizzanya. Jofliam menganggap pensohor Tik Tok itu hanya menggunakan populariti pizzanya untuk promosi lain.

Bimbang kenyataannya sebelum ini disalah faham, Jofliam membuat permohonan maaf secara terbuka dan meminta orang ramai untuk berhenti memfitnah dirinya. Sekadar info, Jofliam menjual pizza wagyu pada harga RM150 dan hanya mengambil tempahan menerusi hantaran di Instagram Story sahaja.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertwitter