Seorang penjual tudung dipercayai warga Pakistan menjadi popular sekelip mata sahaja apabila satu rakaman video dia bersama rakannya membuat live di satu platform tidak semena-mena menarik perhatian ramai untuk menonton mereka.
Seperti biasa di media sosial sebelum menyambut hari Raya, selain di kedai kita boleh mendapatkan pelbagai barangan dengan lebih mudah menerusi online. Malah kini pelbagai pihak giat mempromosikan produk mereka. Namun begitu, dua penjual tudung warga Pakistan ini membuatkan ramai begitu tertarik dengan video live mereka.
Manakan tidak, salah seorang jejaka kacak berusia 23 tahun itu sedang menjual tudung dengan memanggil pelanggan mereka dengan panggilan sayang ditambah pula dengan gelagatnya sempoi melayan komen-komen seloroh netizen terhadapnya.
Individu yang sempat merakam video live mereka itu bagaimanapun akui terhibur dengan komen-komen seloroh netizen yang mengusik jejak kacak ini. Caranya mempromosikan tudung juga mencuit hati ramai dengan kesungguhannya menunjukkan produk tudung yang siap dipakai bagi ditunjukkan kepada pembeli.
Ternyata tidak hanya menerusi video live itu sahaja menerima komen seloroh warganet malah diruangan komen selepas rakaman video tersebut dikongsikan semula tersebut juga mengundang ramai terhibur yang cair dengan kekacakan jejaka berkenaan.
“Siotla yang ‘tak dapat Amir Ahnaf dapat kau pun jadi”
“Handsome nok yang banyak cakap tu”
“Bhaiya pun terer live wa sale, yang aku masih tak reti-reti”
“Adu terhibur aku…”