“Kau Perempuan Paling Kuat”, Janna Nick Dan Rakan Selebriti Beri Sokongan Pada Puteri Sarah Liyana

Sponsored

Kemelut rumahtangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akhirnya terlerai selepas pengarah tersohor tersebut mendedahkan sudah bernikah dengan Ira Kazar hari ini dalam satu video dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.

Lebih kecoh lagi apabila Syamsul turut memberitahu kepada umum pernikahannya dengan Ira itu diwalikan oleh bapa yang juga pelakon, Kazar sendiri. Malah apa yang membuatkan lebih kecoh lagi apabila Syamsul meminta Puteri Sarah pulang ke rumah untuk berbincang segala masalah.

Sponsored

Terbaharu, menerusi Instagram Puteri Sarah memuat naik satu foto anak-anaknya dengan ruangan kapsyen tertulis luahan hatinya mengenai dakwaan tidak benar Syamsul Yusof tersebut.

Berikut adalah muat naik luahan Puteri Sarah yang dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya itu:

Sponsored

“Kalaulah Syaikhul dan Sumayyah boleh bagi kenyataan di mahkamah, mereka akan kata, ‘Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik, bukan kami’. Di mana ayah selalu tak ada kat rumah?

“Syamsul Yusof jangan alihkan kebodohan awak pada saya. Jangan guna nama Allah untuk buat awak nampak macam angel di mata manusia.” tulis Puteri Sarah.

Sponsored

Bagaimanapun, menjengah di ruangan komen rata-rata rakan selebriti beri sokongan pada Puteri Sarah Liyana untuk berhadapan dengan kemelut ini.

Berikut antara rakan selebriti beri sokongan pada Puteri Sarah yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Stay strong Puteri Sarah”

“Strong girl salut u babe..Its ok u shinebright u 1st wife. Cings all the way ok..God bless u and family”

“I’m with you Sarah. Kau perempuan paling kuat. Paling positif lalui benda ni semua. Semoga doa orang teraniya dimakbulkan Allah”