“Harap Pihak Sana Cepat-Cepat Lepaskan Saya, Tak Mahu Hidup Lama Sangat Macam Ni…”, – Puteri Sarah

Sponsored

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof masih belum menemui penyelesaiannya namun pelakon wanita itu telah memfailkan tuntutan cerai pada Januari lalu. Segala-galanya mungkin bakal terjawab pada 7 Mac ini yang merupakan tarikh sebutan kes permohonan cerai itu.

Menurut Puteri Sarah, dia begitu yakin seratus peratus akan dilepaskan oleh suaminya dan berharap pengarah filem itu akan melepaskannya dengan cara yang baik. Walaupun 8 Mac merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan mereka, pelakon itu berkata dia sudah tidak merasakan apa-apa untuk tarikh istimewa itu.

Sponsored

“Kalau tanya saya sejauh mana saya yakin akan dilepaskan, jawapan saya yakin seratus peratus akan dilepaskan. Saya harap pihak sana cepat-cepat lepaskan saya. Saya sudah tidak mahu hidup lama sangat macam ni.”

Dalam masa yang sama, Puteri Sarah memberitahu dia juga telah meminta petunjuk daripada Allah semasa mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini berhubung isu yang melanda rumah tangganya itu. Selain itu, dia juga turut memaklumkan keluarga mentuanya mengenai keputusannya untuk berpisah dengan suami.

Sponsored

“Keputusan saya minta dilepaskan mereka juga sudah sedia maklum. Walaupun agak berat untuk mereka terima tetapi saya beritahu insyaAllah ia tidak akan menjejaskan hubungan kami. Saya masih akan datang melawat mereka di rumah.”

Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan ini hangat diperkatakan sejak empat tahun lalu namun Syamsul Yusof memilih untuk tidak bercakap mengenainya. Namun pada Januari lalu, Syamsul membuat pengakuan telah berkahwin dengan Ira Kazar yang dikatakan sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya sebelum ini di sempadan Thailand.

Sponsored

Puteri Sarah kemudiannya memfailkan tuntutan cerai sejurus selepas suaminya mengaku telah berkahwin dua dengan wanita yang dimaksudkan selama ini. Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 tahun dan Sumayyah, 3 tahun.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbergempak