Syamsul Yusof Akui Telah Nikahi Ira Kazar, Mohon Puteri Sarah Pulang Ke Rumah…

Sponsored

Spekulasi dan pelbagai gosip yang melanda dalam kemelut rumahtangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof akhirnya menemui jawapan apabila pengarah terkenal tersebut akui telah nikahi Ira Kazar.

Menerusi muat naik satu video di Instagram milik Syamsul Yusof sendiri, dia memberitahu mengenai perkara tersebut dan pernikahan itu telah berlangsung di Thailand.

Sponsored

Difahamkan pernikahan yang berlangsung itu turut berwalikan bapa Ira Kazar sendiri iaitu Kazar Saisi yang juga seorang pelakon. Tambahnya lagi tujuan diadakan pernikahan di Thailand adalah untuk memudahkan beberapa perkara.

Kredit foto: Harian Metro

Menurut Pengarah filem Mat Kilau ini juga, Puteri Sarah masih lagi isterinya yang sah dan meminta untuk pelakon itu pulang ke rumah.

Sponsored

“Puteri Sarah masih isteri saya. Harap Sarah pulanglah ke rumah supaya kita boleh berbincang masalah yang berlaku. Tak perlulah nak hebahkan di media sosial dan buka aib orang.” Kata Syamsul Yusof akui nikahi Ira Kazar baru-baru ini.

Selain itu Syamsul turut berkata dia tidak berniat untuk membelakangkan keluarganya. Malah dia juga turut mengharapkan doa baik-baik dari ibu dan bapa serta ahli keluarga yang lain.

Sponsored

“Tak pernah terlintas untuk membelakangkan keluarga. Saya harap doa yang baik-baik dari ibu bapa, adik-beradik dan keluarga. Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati, dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki dan niat jahat.

Kredit foto: Harian Metro

“Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan,” ujar pengarah dan pelakon ini.

Untuk info, kemelut rumahtangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof ini sudah berlarutan sejak dari tahun lalu lagi. Pelakon dan model, Puteri Sarah bertindak memberitahu umum mengenai keadaan rumahtangga mereka menerusi sosial media.