Isu pelakon Hafidz Roshdi yang memukul isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri semakin hangat diperkatakan oleh warganet di Malaysia. Satu kejadian dan insiden yang diselar oleh masyarakat secara umumnya ini turut mendapat perhatian penyanyi rap dan pempengaruh, Caprice untuk mengulas serta menegur perbuatan tersebut.
Dalam satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram milik figura ini sendiri, Caprice selar suami pukul isteri dan menyifatkan kaum lelaki yang melakukan keganasan terhadap wanita adalah seorang yang lemah.
Berani pukul perempuan, lelaki paling lembik
Menurut Caprice selar suami pukul isteri ini, dia tidak mahu petik nama sesiapa hanya bercakap secara umum kerana perbuatan keganasan ini tak sepatutnya berlaku.
“Malaysia dengar sini, saya takkan petik nama sesiapa. Secara umum kepada semua kaum lelaki dekat luar sana, kalau hang berani pukul perempuan sebenarnya hang bukan jantan, hang tak ada telur, hang lelaki yang paling lembik.
Pukul isteri sama macam pukul mak sendiri
Selain itu Caprice turut menganggap lelaki yang memukul isterinya adalah sama ibarat melakukan keganasan pada ibunya sendiri. Sempat juga Caprice memberikan cadangan jika seseorang itu tidak dapat mengawal rasa panas baran mereka.
“Dia sama ibarat macam hang pukul mak. Hang okey ke kalau orang pukul hang punya mak? Takkan?Dengar sini, kalau kita ada baran, kalau istighfar pun tak jalan, hang pergi lah keluar rumah cari gangster. Kuala Lumpur ni ramai je gangster ajak mereka untuk bertembung bergaduh,” ujar Caprice.
Keganasan rumahtangga harus dipandang serius
Tambahnya lagi, isu keganasan rumah tangga banyak terjadi di Malaysia dan perkara ini perlu dipandang serius.
“Keganasan rumah tangga ni adalah masalah yang besar. Ada ramai mangsa dekat luar sana yang tak berani bersuara dan tampil kedepan sebab aib. Harap-harap isu ni dapat meningkatkan kesedaran tentang keganasan rumah tangga, InsyaAllah,” katanya.