Haris Ismail menangis peluk keluarga, “Pertama kali tengok…”

Sponsored

Baru-baru ini, Haris Ismail atau turut dikenali sebagai PU Riz telah menerima skrol selepas menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) ke-38.

Perkongsian daripada isterinya, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor juga menarik tumpuan ramai selepas beberapa rakaman Haris Ismail di Majlis Istiadat Konvokesyen di universiti itu turut tular di media sosial. Neelofa bagaimanapun dilihat turut hadir pada majlis konvokesyen tersebut apabila gelagatnya turut mencuit hati ramai.

Sponsored

Sempat buat gelagat lucu

@harisneelofa

Lofa macam biasa lah peace tak tinggal 😂 #nunha #neelofaharis

♬ Funny Song – Cavendish Music

Meskipun begitu, momen sedih Haris Ismail ini turut menarik perhatian ribuan warganet. Ketika menamatkan pengajian tentu sahaja keluarga antara yang turut gembira, keluarga Haris Ismail bagaimanapun membuatkan warganet turut tumpang gembira dengan kejayaannya yang sekali gus mengundang keluarganya bahagia.

Sponsored

Bapa kepada Muhammad Bilal ini juga dilihat tidak dapat menahan air mata apabila menangis di hadapan keluarga. Haris Ismail juga memeluk ahli keluarga ketika selesai majlis konvokesyen tersebut dan klip video pendek yang merakam situasi itu turut tular dengan menerima ribuan tanda suka.

@teamustazhariss

TAHNIAH USTAZ HARIS! 🫶🏻👨🏻‍🎓💐

♬ Ayah Dan Ibu – Dato’ Sudirman

Tak pernah tengok

Sponsored

Ada juga peminat Haris Ismail mengatakan tidak pernah melihat keluarganya dan video berkenaan menarik tumpuan ramai dengan ditinggalkan ratusan komen.

‘Suka tengok keluarga PU Riz, sejuk je…’

Haris Ismail

‘Teruih tak nampak macam bapak dan ayah orang. Huhu nampak seperti kanak-kanak yang masih di bawah…’

Haris Ismail

‘Alhamdulillah, tahniah ustaz…’

‘Terus nampak macam budak budak betoi…’