Tarian Pelik Da’i Syed Jadi Bualan Netizen, Ada Yang ‘Backup’ Kata Itu Adat Orang Arab

Sponsored

Pendakwah bebas, Da’i Syed telah selamat disatukan dengan pengacara Hana Ismail di dalam satu majlis pernikahan baru-baru ini. Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di sebuah masjid di Kuala Lumpur dan majlis persandingan turut diadakan pada hari yang sama.

Difahamkan, pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri di mana lafaz akad diucapkan dalam Bahasa Arab. Perkenalan di antara Da’i Syed dan Hana dikatakan bermula dari sebuah majlis ilmu dan tempoh perkenalan di antara mereka juga singkat sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.

Sponsored

Majlis persandingan pasangan ini turut dihadiri oleh para selebriti dan antara yang mencuri tumpuan ramai ialah gelagat pengantin lelaki iaitu Da’i Syed yang sempat menari tarian Marawis yang dikatakan tradisi bagi keturunan Arab.

Reaksi netizen

Walau bagaimanapun, ada segelintir individu yang meluahkan rasa pelik melihat tarian yang dilakukan oleh Da’i Syed ini sehinggakan timbul pula salah faham di media sosial. Namun netizen menyangkal dakwaan itu dan memberitahu itu adalah perkara biasa dalam tradisi masyarakat Arab.

Sponsored

“Kenapa netizen ni, orang kahwin pun dikata macam-macam pelik lah.”

“Kalau dekat Malaysia ada tarian zapin, kalau adat orang Yaman mereka ada tarian marawis.”

Sponsored

“Kenduri Syed/Syarifah memang selalu ada ni.”

Menurut netizen, tarian tersebut merupakan tarian Marawis yang biasanya dilakukan oleh keturunan Arab iaitu Syed atau Syarifah. Ada juga yang memberikan perbezaan di mana jika di Malaysia ada tarian zapin di majlis perkahwinan manakala di Arab pula ada tarian Marawis seperti yang dilakukan pendakwah bebas ini.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok