“Hensem!!!”- Beto Kusyairy ‘belanja’ silat sambil senyum, video pula curi tumpuan ramai

Sponsored

Selain Hannah Delisha, nampaknya video pelakon popular filem Mat Kilau iaitu Beto Kusyairy juga turut viral di media sosial apabila rakamannya sedang catwalk di atas pentas mengayakan busana pakaian sempena hari raya nanti mencuri tumpuan ramai.

Mana tidaknya, jarang sungguh dapat melihat pelakon yang hebat beraksi dalam filem ini dilihat diluar daripada kaca televisyen. Dia yang menjadi sebahagian model daripada satu jenama pakaian terkenal itu turut membuatkan ramai memberikan tumpuan kepada dirinya.

Sponsored

Gelagat Beto Kusyairy jadi tumpuan ramai

Umum diketahui, pada tahun lalu nama Beto Kusyairy begitu mendapat perhatian selepas membintangi filem Mat Kilau. Wataknya disamping mempunyai kelebihan bersilat mencetuskan dia semakin membuatkan peminat sentiasa tidak terlepas mengikuti perkembangan kerjayanya.

Sponsored

Walau bagaimanapun, aksi Beto Kusyairy bersilat di atas pentas mencetuskan pelakon ini tidak semena-mena memenuhi ruangan media sosial dengan telatahnya yang jarang dilihat peminat.

@sukabudakcomel

bila bagi bunga terlalu cliché, abe kusyairy belanja bunga silat 🙏🏻 #betokusyairy

♬ Pucuk Pisang SriwanaDanceChallenge – Sriwana

“Bila bagi bunga terlalu cliche, Abe Kusyairy belanja bunga silat,seloroh pemilik akaun tersebut yang ternyata membuatkan ramai peminat Beto Kusyairy turut tak keruan melihatkan pelakon kegemaran ramai itu bersilat sambil tersenyum.

Sponsored

‘Bila rambut camni, auto nampak awet muda. Tak makan tua tambah dengan senyum dia tu’

‘Lah view dari semua side hahaha handsome nya’

‘Kalau tengok je mesti jadi senyum senyum sendiri’

‘Senyuman nya lahaiii manihhh bebenor ler’