Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pelakon jelita, Hannah Delisha. Kehidupannya sebagai seorang selebriti yang jarang terpalit kontroversi menyebabkan dirinya antara pelakon kegemaran peminat drama tempatan.
Ditambah pula Hannah Delisha dan suami, yang juga merupakan seorang pelakon, Imam shah jarang berkongsikan kisah peribadi menyebabkan kedua-duanya semakin disukai peminat. Namun begitu, terbaharu telatah mereka menjadi perhatian umum selepas Hannah Delisha muncul sebagai model di sebuah acara pakaian sempena hari raya nanti.
Dalam pada Hannah Delisha ‘catwalk‘ diatas pentas sempat pula dia memberikan flying kiss buat suami, Imam Shah yang memerhatikannya di bawah pentas. Ternyata gelagat sweet pasangan ini yang jarang dilihat peminat membuatkan mereka hangat diperkatakan ramai
Hantaran yang dikongsikan itu membuatkan ramai juga dalam pada masa yang sama merasa teruja melihat gelagat sweet pasangan sama cantik, sama padan itu disamping menghujani ruangan komen dengan komen pujian terhadap mereka.
‘Imam Shah seorang yang lemah lembut tutur katanya baik orangnya. Tengoklah macam mana dia didik Hana. Salute to you bro. Berjaya didik Hanna jadi isteri solehah.‘
‘Suka tengok laki bini ni sebab susah nak nampak tunjuk kemesraan dan post gambar bersama. Semoga kekal ke akhir hayat…’
‘Sweetnya aku yang dapat tengok aje ni pun rasa bahagia sangat tengok pasangan ni. Semoga kekal till jannah’