Perut Semakin Membesar, Keadaan Terkini Neelofa Buat Ramai Teruja, “Akhirnya Pecah Rahsia…”

Sponsored

Selebriti dan usahawan, Neelofa kini sedang mengerjakan ibadah umrah bersama suami dan anaknya serta ahli keluarga yang lain. Namun namanya menjadi bualan hangat kini selepas jelas terpampang ‘baby bump’ selebriti itu di dalam sebuah video sekaligus mengesahkan dakwaan dia sedang hamil anak kedua.

Menerusi video yang tular itu, Neelofa yang kini berada di Tanah Suci dirakamkan sedang mengambil makanan di hotel penginapan mereka. Pemilik video kemudian menegur makanan yang penuh di pinggan Neelofa dan memuat naik kapsyen ‘makan untuk baby tu’ pada video terbabit.

Sponsored

Malah di dalam video yang sama juga, Neelofa dilihat mengusap perutnya yang kelihatan semakin membesar selepas mengambil makanan. Gelagat Neelofa ini juga turut menguatkan lagi spekulasi yang mengatakan dia kini sedang berbadan dua ditambah pula dengan perubahan fizikalnya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersama teruja melihat perkembangan terkini Neelofa pada ketika ini. Malah ramai yang menganggap perut ibu kepada Muhammad Bilal ini juga semakin membesar berbanding dahulu dan sudah tidak dapat disorokkan lagi.

Sponsored

“Tak sabar nak tunggu second baby. Bilal pun dah terlebih comel.”

“Ahhh besar dah weh, harap dapat girl mesti elok gila. Bilal ikut ummi, then baby girl ikut abah dia mesti comel teruk.”

Sponsored

“Akhirnya pecah rahsia Lofa ngandung.”

Terdahulu, Neelofa memberitahu dia tidak mengiyakan atau menafikan mengenai dakwaan dia kini sedang hamil anak kedua. Sebaliknya, dia lebih selesa membiarkan perubahan fizikalnya menjawab persoalan yang diajukan ramai itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok