Hun Haqeem berbaju Melayu berbeza sampai raya ke-6, “Kusangkakan wanita banyak baju…”

Sponsored

Pelakon yang mulai mendapat perhatian dan menjadi fenomena selepas membintangi drama Kampung People, Hun Haqeem sebagai watak Jekfer nampaknya membuatkan orang ramai tertarik untuk mengikuti perkembangannya sepanjang berhari Raya baru-baru ini.

Pejam celik, hari ini sudah masuk hari ketujuh rakyat Malaysia menyambut hari Raya pada tahun ini. Kemeriahan kali ini membuatkan orang ramai dapat menyediakan lebih awal persiapan menyambut Syawal, begitu jugalah yang dilihat peminat buat pelakon Hun Haqeem yang mana ternyata dia memiliki lebih dari satu baju Melayu untuk meraikan hari Raya.

Sponsored

Selamat hari Raya

Bagi kebanyakan lelaki kita akan melihat mereka lebih memilih baru raya selepas berbaju Melayu pada hari pertama adalah dengan mengenakan t-shirt atau kemeja bersesuaian namun lain pula yang ditonjolkan oleh pemuda ini yang menyambut lebaran di kampung halamannya, Kuching, Sarawak.

Sponsored

Menerusi muat naik Hun Haqeem dari hari pertama sehinggalah hari Raya keenam, dia memilih untuk mengenakan baju Melayu yang berbeza warna. Perkongsiannya di ruangan Instagram itu membuatkan ramai peminat begitu tertarik.

Dalam pada itu, peminat juga tidak menyangka dia sebagai lelaki mempunyai banyak baju raya berbanding kebanyakan wanita namun ada yang mendedahkan jika di Sarawak sememangnya selama tujuh hari Beraya memakai baju Melayu.

Sponsored

Ku sangkakan wanita banyak baju rupanya dia lagi banyak baju raya

Banyaknya baju raya kau bang

Banyak betul eh baju raya

Betul-betul, 7 hari 7 baju raya ni. Ingatkan main-main