Sejak kebelakangan ini, nama isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjadi bualan ramai gara-gara penampilan terkininya yang tidak lagi berhijab. Malah gadis itu juga turut memadam beberapa perkongsian gambar di akaun Instagramnya dan menutup ruangan komen.
Isu yang menjadi bualan ramai ini turut meraih perhatian penerbit filem, David Teo yang berasa terpanggil untuk memberikan pandangannya. Ujarnya, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk seseorang kekal istiqamah kerana hati manusia mudah berubah dan berbolak balik.
“Iman seseorang pastinya berbolak balik. Istiqomah dalam berhijab sememangnya susah namun Tuhan pasti mendengar hati kita.”
Walau bagaimanapun, David Teo mendoakan isteri kepada Haqiem Rusli ini untuk kekal di landasan yang betul dan juga mendoakan yang terbaik untuk pasangan muda ini. Dia juga berharap rumah tangga Haqiem Rusli dan Anis Sofea akan terus diberikan kebaikan.
“Semoga isteri Haqiem Rusli sentiasa berada di jalanNya dan kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.”
Pandangan yang dikongsikan oleh penerbit filem ini kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengannya. Malah netizen turut berasa kagum dengan pendapat yang dikongsikan oleh David Teo ini memandangkan dia bukanlah seorang yang beragama Islam.
“Macam mana David Teo lagi concern tentang hukum agama Islam berbanding orang Islam itu sendiri. Malu lah kita. Non muslim lagi ambik berat pasal iman kita.”
“Malu eh orang bukan Islam katakan tentang istiqomah. Doa yang baik sahaja menegur dengan lembut sahaja.”
Terdahulu, timbul pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga Haqiem Rusli dan isterinya apabila gadis itu memadamkan gambar mereka di Instagram. Selain itu, penampilan terkini Anis Sofea yang tidak lagi mengenakan hijab turut menjadi bualan netizen sekaligus membuatkan gadis itu teruk menerima kecaman netizen.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.