Shuhada Kongsi Memori Susah Payah Besarkan Humairah, “Kadang-Kadang Angkut Anak Pergi Kelas…”

Sponsored

Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berkongsikan mengenai kesusahannya membesarkan anak sulung pada satu ketika dahulu. Menerusi perkongsian yang dimuat naik itu, Shuhada memberitahu dia masih bergelar seorang pelajar ketika membesarkan Humairah.

Ujarnya, dia pernah mengambil keputusan untuk menjaga anaknya itu secara bergilir-gilir dengan rakannya semasa dia mempunyai kelas. Malah ada masanya dia akan membawa anak sulungnya itu ke kelas sekiranya tiada sesiapa yang dapat menjaganya.

Sponsored

“Kadang-kadang angkut juga Humairah pergi kelas. Kawan pegang kejap kalau kena present dekat depan.”

“Tak tahu nak luah macam mana struggle jaga Humairah masa dia kecil dulu. Bergilir jaga Humairah dengan kawan sebab nak attend kelas. Kalau ibu kelas pukul 8 pagi, hantar Humairah dekat INTEC suruh Miya jaga jap. Habis kelas terus pecut ambil Humairah sebab pukul 10 pagi Miya kelas pulak.”

Sponsored

Selain itu, Shuhada turut terkenangkan memori semasa dia mengandungkan Humairah di mana dia terpaksa menggunakan tangga untuk ke kelas dan tidak dapat menggunakan lif kerana ‘mabuk’ serta sensitif dengan bau orang ramai.

Dalam masa yang sama, Shuhada meluahkan rasa syukur anak sulungnya itu kini membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang baik. Dia turut berdoa kehidupan anaknya ini akan dipermudahkan dan berada dalam jagaannya dengan baik walau apa sekali yang terjadi.

Sponsored

“Sekarang dah besar dah dia. Allah pilih dia untuk lalui semua ini pula. Ibu pasti dah ni, hidup Humairah di depan nanti mesti lancar je. Percayalah, Allah Maha Baik.”

Terdahulu, isteri kepada Hafidz Roshdi ini mengumumkan anak sulungnya itu mendapatkan bantuan psikiatri gara-gara terkesan dengan konflik yang berlaku dalam keluarganya. Difahamkan, kanak-kanak itu melalui perubahan sikap di mana dia lebih banyak termenung dan tidak lagi ceria seperti dahulu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram