Yuna Rahim Mohon Maaf Video Pakai Seluar Pendek Buat Ada Kurang Senang

Sponsored

Pelakon dikenali dengan nama Yuna Rahim baru-baru ini menjadi perhatian ramai. Ini adalah selepas satu video dengan paparan Yuna Rahim pakai seluar pendek yang dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian rakaman itu, pelakon berusia 27 tahun ini dilihat memakai seluar pendek dan baju berwarna putih. Di ruangan komen rata-rata warganet menegur pemakaian Yuna Rahim yang dikatakan keterlaluan dan kurang sesuai.

Sponsored

Bagaimanapun ruangan komen telah pun ditutup di video pakai seluar pendek oleh Yuna Rahim itu. Terbaharu, Yuna Rahim mohon maaf dan jelaskan mengenai isu pemakaiannya di dalam video berkenaan.

Memetik laporan mStar, Yuna Rahim mohon maaf kerana pakaiannya itu dan mengakui video tersebut dirakam ketika sebelum bulan Ramadan. Malah Yuna turut akui pemilihan pakaian adalah darinya sendiri.

Sponsored

“Sebenarnya video itu diambil semasa sebelum puasa. Semuanya hanya iklan dan sudah dirancang oleh pihak pengurusan produk terbabit. Cuma pakaian itu sahaja pilihan saya.

Selain dari itu Yuna Rahim atau nama penuhnya Shafiqah Husna Abdul Rahim turut berkata yang dia memakai stokin berwarna kulit pada waktu itu.

Sponsored

“Saya memakai pantyhose (sarung kaki). Tipulah kalau kaki saya putih melepak macam itu. Sebelum ini pun ada rakam iklan memakai gaun namun ramai tak perasan mungkin kerana ia tidak dimuat naik di bulan puasa.”

Tambah Yuna Rahim lagi, dia memohon maaf sekiranya pakaian yang dipakai dalam video itu membuatkan orang ramai kurang senang dan berjanji akan perbaiki diri di masa akan datang.

SumbermStar