Sejak disatukan sebagai pasangan suami dan isteri, pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail sering menjadi sorotan peminat mereka terutama di Instagram kedua-dua pelakon ini. Namun begitu, pasangan sama cantik, sama padan ini jarang berkongsikan gelagat mereka bersama.
Jadi melihatkan perkongsian terbaharu Nad Zainal mengundang ramai memberikan tumpuan terhadap gelagat comelnya bersama suami, Ungku Ismail. Sekadar info, Nad Zainal dan Ungku Ismail sah bergelar suami dan isteri pada 23 Januari lalu.
Pasangan ini begitu menjadi kesukaan ramai apabila tahu-tahu sahaja selamat mendirikan rumah tangga. Malah sikap prihatin Ungku Ismail buat Nad Zainal juga membuatkan ramai menyukai pelakon lelaki berkenaan dan mendoakan yang terbaik buat mereka.
“Kita pula memang pemalu… walhal…,” ujar Nad Zainal diruangan kapsyen berseloroh dengan turut dikongsikan satu rakaman video pendek yang mana rakaman video dikongsikan ini dalam pada masa sama mengundang peminat juga tersengeh.
Mana tidaknya, gelagat Nad Zainal yang dilihat malu dengan Ungku Ismail membuatkan ramai tercuit hati dengan kecomelan pelakon ini sehinggakan ruangan komen juga dihujani dengan pelbagai seloroh peminat terhadap mereka.
“Sweet sangat Nanad dengan Ungku, Ungku sendiri yang settlekan Nanad. Helok sangat, till jannah both of you”
“Kami yang tengok ni tersengeh sorang-sorang”
“Alah alah pemalu ye tu. Kita yang malu”
“Alahai sweet sungguh ni”