Ibu Syamsul Yusof Selar Pihak Punca Runtuhkan Rumah Tangga Anak, “Sedarkah Dosa Kamu…”

Sponsored

Semalam heboh dilaporkan akhirnya pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana berbincang dan mendapat kata sepakat untuk mengakhiri rumah tangga mereka dalam keadaan aman dan damai.

Sebelum ini Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat perhatian ramai selepas satu persatu pendedahan dibuat di sosial media. Malah pasangan ini turut jadi bualan selepas Syamsul akui sudah bernikah dengan Ira Kazar yang kini menjadi isteri keduanya.

Sponsored

Susulan kata sepakat yang diambil, Syamsul Yusof akan melafazkan talak pada Puteri Sarah pada 19 April ini. Nampaknya masing-masing sudah mahu ‘move on’ dan meneruskan kehidupan mereka dengan tenang.

Bagaimanapun, bagi ibu Syamsul Yusof dia meluahkan rasa sedih di Instagram Stories miliknya. Menerusi muat naik itu, ibu Syamsul Yusof selar pihak punca runtuhkan rumah tangga anak.

Sponsored

Malah nukilan ringkas itu turut memaparkan mengenai dosa seseorang individu yang menghancurkan sebuah masjid atau rumah tangga dan membuatkan air mata seorang ibu mengalir.

“Sedarkah dosa kamu yang sudah menghancurkan sebuah masjid dan membuatkan air mata seorang ibu mengalir tanpa henti.”

Sponsored

Perkongsian kata-kata itu turut diiringi dengan lagu berjudul Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta yang dipopularkan oleh kumpulan Flybaits. Berikut adalah tulisan ibu Syamsul Yusof selar pihak jadi punca keruntuhan rumah tangga anaknya itu:

Seperti diketahui umum, ibu Syamsul Yusof atau namanya Datin Patimah amat menyangi menantunya, Puteri Sarah Liyana. Malah Datin Patimah turut membantah sekerasnya perkahwinan kedua anaknya, Syamsul tersebut.