Rezeki Puteri Sarah, Baru Live Dah ‘Sold Out’- “Lepas Ni Banyak Founder Ambil Sarah”

Sponsored

Nama Puteri Sarah Liyana memang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Apatah lagi apabila kemelut rumah tangganya yang membuatkan ramai heboh mengenainya.

Sejak itu Puteri Sarah dilihat sangat kuat bekerja dan bukan saja kembali aktif berlakon, malah dia juga muncul sebagai duta atau wakil wajah beberapa jenama produk.

Sponsored

Terbaharu, Puteri Sarah terkejut apabila dia sedang bersiaran langsung menjual produk menggunakan platform Tiktok dan barangnya habis dalam masa singkat.

Menurut selebriti ini dia rasa terkejut kerana baru sahaja live di aplikasi berkenaan belum pun sejam.

Sponsored

“Thank you soo much. Sarah rasa macam tak percaya, Sarah baru live tak sampai setengah jam.”

Tambahnya lagi yang seakan tak percaya akan jualannya habis dalam masa singkat itu, dia turut bersyukur atas rezeki tersebut.

Sponsored

“Sarah tak percaya, korang tipu kan. Astaghfirullahalazim. Thank you so much syukur. InsyaAllah sehari dua kita akan restock baru..”

Berikut adalah rakaman yang dimuat naik semula dengan paparan Puteri Sarah terkejut baru live dah sold out tersebut:

@jamaldeansaaud

Hebatnya Puteri Sarah, baru nak live promote tudung tp tudung dah sold out muka dia terkejut tak percaya#puterisarahliyana #livetiktok

♬ original sound – jamalDean – jamalDean

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan mengagumi Puteri Sarah ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian rakaman Puteri Sarah terkejut baru live dah sold out barang jualannya ini:

“Bila dia dah redha atas apa jadi kat dia. Maka Tuhan angkat lagi darjat nya. Murah rezeki”

“Alhamdulillah. Tahniah Sarah berkat dari badai melanda. Pelangi menyinari moga bertambah rezeki Sarah Aminn”

“Alhamdulillah rezeki Puteri Sarah hehe orang yang baik Allah sentiasa murahkan rezekinya”

“Lepas ni ramai oii ambil Sarah live..Cepat oiii rezeki Sarah. Kaya raya dia”

SumberTikTok