“Ikhlasnya hati mereka”- Bella Astillah & Fazura berpelukan

Sponsored

Kalau sebut nama pelakon dan usahawan iaitu Fazura tentu ramai mengenalinya yang tidak hanya sekadar mempunyai rupa paras cantik malah perwatakannya juga disenangi ramai. Meskipun tidak lagi terlalu aktif dalam dunia lakonan, perlibatannya sebagai anak seni terdahulu sehingga sekarang masih meninggalkan kesan kepada penonton.

Jadi apa sahaja dilakukan isteri kepada pelakon popular, Fattah Amin ini pasti mencuri tumpuan umum. Terbaharu, perkongsian daripada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah pula membuatkan dia dan selebriti tersebut mendapat perhatian netizen.

Sponsored

Menerusi rakaman video pendek dikongsikan Bella Astillah sendiri menunjukkan dia bertemu dengan Fazura dan sempat berpelukan. Bella Astillah juga mengagumi selebriti tersebut dan membuatkan rakaman video ini menjadi tumpuan juga kerana kemesraan mereka.

Gelagat Fazura yang dilihat sangat ikhlas dan penyayang membuatkan dirinya juga menjadi perbualan netizen diruangan komen.

Sponsored
@bellaastillah_94

*im crying inside* i love you @Fazura ❤️

♬ Sempurna – Andra & The Backbone

“Im crying inside, i love you Fazura,” tulis ringkas Bella Astillah diruangan kapsyen. Netizen dan peminat bagaimanapun hadir meninggalkan pelbagai reaksi kepadanya dimana pertemuan mesra dua selebriti berkenaan membuatkan ramai suka dan video tersebut menerima ribuan tanda suka.

‘I love Fazura! Cantik, manis, dengar dia bercakap pun boleh melting. Teringin nak jadi cantik macam dia’

Sponsored

‘Faz peluk Bella dengan penuh kasih sayang. Tersentuh hati ini’

‘Nampak Fazura ni wajah dia penyayang sangat’

‘Keikhlasan Fazura dari hati, comel dua dua pun’