“Sah”- Ameera Khan & Jefri Nichol kembali berbalas komen diusik netizen

Sponsored

Umum diketahui, personaliti media sosial Ameera Khan atau turut dikenali dengan panggilan Little Miss Khan (LMK) kini kembali aktif di media sosial miliknya dengan diikuti 1.5 juta pengikut. Setiap hantaran Ameera Khan tidak terlepas daripada diikuti peminatnya.

Model terkenal ini juga sering memuat naik foto OOTD mengayakan pelbagai jenis jenama terkenal dunia. Sekali gus membuatkan dia antara personaliti media sosial yang sering menjadi perhatian. Terbaharu, Ameera Khan berkongsikan foto kasut barunya daripada sebuah jenama mewah.

Sponsored

Walau bagaimanapun, terdapat komen daripada pelakon Indonesia membuatkan perkongsian Ameera Khan itu semakin menjadi tumpuan daripada netizen. Komen tersebut daripada pelakon kacak dikenali sebagai Jefri Nichol yang mana ia membuatkan netizen juga meninggalkan pelbagai balasan komen pula yang sempat mengusik mereka.

“Kasut tu artinya sepatu ke,” tanya Jefri Nichol yang turut dibalas pertanyaannya itu oleh Ameera Khan. Terdahulu, mereka didakwa bercinta namun dikatakan putus. Difahamkan kisah mereka mulai mendapat perhatian selepas kedua-duanya dilihat berbalas komen di Instagram.

Sponsored

Ternyata komen Jefri Nichol yang turut dibalas Ameera Khan membuatkan netizen dari dua negara tertanya-tanya tentang hubungan mereka itu selain ada juga yang sempat mengusik mereka.

‘Yes ur first Malay word, good job’

Sponsored

‘Omg omg omg’

‘Aelah bise aj lu pura-pura nanya’

‘Wah kemain kena komen dengan crush’