Individu Dakwa Dibuli Uqasha Senrose Mahu Berbaik, Netizen Minta Pelakon Ini Jangan Layan

Sponsored

Sejak beberapa hari ini kecoh di sosial media apabila ada individu buat tuduhan dirinya pernah dibuli oleh seorang pelakon terkenal, Uqasha Senrose semasa di zaman sekolah. Tuduhan tersebut didedahkan menerusi akaun Twitter milik individu berkenaan dan telah meraih perhatian ramai.

Uqasha Senrose bagaimanapun membidas dakwaan tersebut menerusi ciapan di Twitter dan siaran langsung di TikTok. Malah Uqasha menganggap tuduhan itu keterlaluan dan mempersoalkan mengapa ianya ditimbulkan setelah sekian lama.

Sponsored

Pelakon wanita ini juga menggesa individu yang membuat fitnah tersebut untuk mengemukakan bukti sekiranya Uqasha adalah pembuli. Selain itu Uqasha turut menyerahkan mengenai perkara tersebut kepada pihak polis untuk menyiasat.

Terbaharu di Twitter, individu dakwa dibuli Uqasha Senrose mahu berbaik dengan memuat naik satu ciapan seperti berikut:

Sponsored

Perkongsian mengenai individu dakwa dibuli Uqasha Senrose mahu berbaik ini telah dimuat naik semula oleh pelakon itu sendiri.

“Eh tiba nak berbaik tapi still cakap saya pembuli”, tulis Uqasha Senrose.

Sponsored

Meninjau di ruangan komen, ramai yang meminta Uqasha untuk tidak melayan individu berkenaan.

Malah ada juga yang meminta Uqasha untuk saman pihak berkenaan yang menjatuhkan reputasi dengan membuat tuduhan melampau seperti ini.

Dalam satu ciapan berbeza, Uqasha memberitahu banyak tweet individu berkenaan sudah di padam. Malah ada beberapa dakwaan yang ditulis individu berkenaan tidak selari dengan bukti dan tuduhan.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang akui individu buat tuduhan itu sudah terkantoi dengan banyak bukti jelas lagi nyata.