Terbaharu satu kontroversi telah timbul dengan dakwaan Uqasha Senrose adalah pembuli ketika di zaman persekolah berbelas tahun yang lalu. Dakwaan itu dibuat oleh seorang wanita yang menceritakan mengenai kejadian tersebut menerusi Twitter dan telah membuatkan ianya menjadi perhatian ramai.
Malah Uqasha Senrose sendiri dapat tahu mengenai perkara tersebut dan menepis dakwaan melampau wanita dikenali sebagai Ayla atau @ImZawani tersebut.
Malam tadi Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen mengaku terkejut dengan dakwaan tersebut hingga menyebabkan namanya trending nombor satu di Twitter sejak semalam.
Uqasha Senrose sangkal tuduhan dirinya pembuli itu dibuat ketika sesi live di TikTok malam tadi. Selain dari itu, pelakon berusia 31 tahun ini juga mempersoalkan apakah motif wanita tersebut membuat kisah berkenaan selepas suaminya ditimpa insiden di Singapura.
Malah Uqasha juga menegeskan akan bertindak mengikut undang-undang dan mengupah peguam serta kini kes tersebut berada dalam siasatan polis.
“Benda ni saya kena ambil peduli kerana ini fitnah yang melampau. Ramai orang yang saya tak kenal pun mengaku saya ni kaki buli. Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dari dulu lagi? Kalau betul saya buli awak, tampil.“
“Tolonglah saya nak bukti sangat. Saya percaya kalau betul saya salah, saya tetap akan salah tapi kalau tak salah saya dah sediakan lawyer semua.“
Tambah Uqasha lagi, dakwaan yang mengatakan individu itu dibuli hingga pindah sekolah sebenarnya pelakon ini yang pindah sekolah.
“Sekarang saya nak bukti, siap cakap sampai nak bunuh diri lagi? Benda ni bukan benda kecik,” kata Uqasha dalam siaran langsung itu.
Selain itu, Uqasha turut meminta netizen supaya tidak campur dan menambah bara dalam kes tuduhan melampau ini.
“Kepada yang tidak terlibat, netizen jangan jadi otak singkat konon-konon nak back up. Sekarang ni kita tunggu je lah saya dah sediakan peguam untuk insiden Kamal Adli dan untuk perkara ini.
“Saya juga ingin menegaskan sekali lagi, sejak bila saya jadi pembuli? Saya berani kerana saya benar dan saya tak tahu kenapa orang-orang di luar sana nak back up”, jelas Uqasha Senrose sangkal tuduhan melampau ini.